~MARI KITA JADI MAGNET WANG! ~

Kali ini nak cerita pasal MAGNET WANG. Apa itu MAGNET WANG? Bagaimana nak buat MAGNET WANG? Di bawah ini, adalah panduan yang di kongsi oleh Datuk Dr Maznah Hamid untuk kita jadikan panduan menjadi MAGNET WANG.


"MARI KITA JADI MAGNET WANG!


Adakah anda ingin menjadi magnet wang? Money Magnet! Ilmu pertama yang perlu kita pelajari ialah The Universal Law of Attraction. Undang2 alam daya tarikan. Guru saya orang Canada. Hingga ke Canada nak menuntut ilmu magnet wang ini!... berikut saya kongsikan beberapa langkah permulaan yang perlu kita segera ambil.

1. Hapuskan dari pemikiran apa jua kepercayaan mengenai kekurangan wang.

2. Hapuskan kepercayaan ‘sukarnya nak cari wang’

3. Hapuskan kepercayaan hanya kerja2 sukar dan mustahil saja yg boleh buat wang.

4. Hapuskan kepercayaan anda mengenai HUTANG DAN KERUGIAN! Kerana ianya amatlah sial dan membinasakan.

5. Hapuskan pemikiran dan percakapan ‘aku tak mampu’. Terlalu mahal! Aku takkan pernah MAMPU! Hapuskan! Singkirkan dari pemikiran dan kepercayaan anda!

6. Buka minda anda untuk menerima! Menarik WANG dari pelbagai sumber & arah. Ganjaran dalam perbagai bentuk. Pasti yang HALAL. Ok hari ini cuba kita praktikkan. Hapuskan semua kepercayaan2 ini dari pemikiran dan amalan kita ya!

7. Kita mulakan hari ini dengan penuh rasa kasih. Bersyukur. Menghargai walau sebanyak manapun wang yg. Kita ada. Katakan pada diri anda. ( ni cara guru org. Puteh ajar la) wang adalah Bagus. Wang amat penting. Saya sukakan Wang! Dan Wang juga sukakan saya. Wang akan dapat membantu saya utk. Membantu orang lain. Ulang x 2. Dari sudut psikologi. Ianya secara langsung akan menghantar signal. Isyarat kepada minda kita dan dunia di sekitar utk. Menarik dan menghantar lebih banyak wang dari pelbagai sumber termasuk & ganjaran2 yg tidak kita jangka

8. Hapuskan dari pemikiran anda apajua perasaan geram. Marah. Kutukan dan keritikan pada orang KAYA. Dan berjaya. Kerana pemikiran begini tidak akan membantu 'Apapun' dan. WANG JUGA AKAN LARI JAUH DARI ANDA. Percayalah! Kerana ianya berlawanan dengan hukum alam. Undang2 tarikan! 

9. Hargai kekayaan dan kemewahan orang lain dengan menyatakan kekaguman. Sanjungan apabila melihat sesuatu yang anda ingin terjadi pada diri anda. Berdoa dan bersyukur pada tuhan utk diri anda dan orang yg anda ingin ' Jadi' tu."
Semoga apa yang di kongsikan oleh Datuk Dr Maznah Hamid ini dapat membuka jalan buat saya dan anda semua untuk menjadi MAGNET WANG...

~Selamat Berjaya~

~Jumpa Anda Di Puncak Kejayaan~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~Produk Amway sangat menjimatkan~

Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs (60 cap)

~TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 -50 (Nukilan Dr. Harlina Halizah Siraj) 5~