Rabu, 19 Oktober 2011

~Produk Amway sangat menjimatkan~

Produk Amway sangat menjimatkan?

Adik : Ish! Ye ke? 
Kak :Tak caya, cubalah dulu.
Adik :Tapi barang Amway mahallah.
Kak : Dah pernah cuba tak?
Adik : Tak pernah..
Kak : Cuba pakai 1 barang dulu. Pastu baru nilai, boleh?
Adik : Ermmmm.. nanti saya tanya suami dululah..

Itulah saya dulu masa mula2 diperkenalkan ke dlm dunia Amway. Semuanya negatif.  Selalu tertanya, kenapa barang dia mahal sgt. Sampailah suatu hari tu, apabila kupon diskaun 10% utk ahli baru hampir tamat, saya pn memujuklah si suami untuk mencuba pakej diskaun tu yg terdiri dari kelengkapan rumah ( home care ) dan kelengkapan peribadi ( personal care ). Elok pl tu kena dgn time suami baru gaji.. Hehe.. bodek2 la sikit...

Excited jg nak mencubanya. Mula2 pakai rasa mcm best je, tp x berani nak bersuara takut suami cakap kita pl lebih2 pasal suami saya ni mmg sgt negatif dengan benda2 MLM ni. Dalam masa seminggu lepas guna tu suami saya mula bersuara, katanya bagus jg barang Amway ni, terutama ubat gigi. 



Ha, sejak dari saat itu kami mula mencuba pelbagai lagi barang2 lain keluaran Amway termasuk vitamin jenama Nutrilite dr Amway.  Sehingga kini kami x pernah cari jenama vitamin lain lg. Walaupun mahal tp hasilnya dah nmpak terutama kepada sinus saya. Jenama Nutrilite sendiri sudah berdiri teguh selama 75 tahun di dunia. Lama tu kan?


Nak cerita pl pasal Dish Drops (sabun basuh pinggan). Nak guna Dish Drops ni kita kena bancuh dia dulu. Kepekatannya bergantung pada kita. nak pekat ke nak cair. Kalau pekat, masa nak guna tu boleh campur dgn air lg bagi cair. Tangan pn lembut je lps guna. Yang boleh dapat beza tu, kat rumah sendiri saya guna Dish Drops ni, tapi bila balik kpg mana lah nak bw Dish Drops tu balik kpg. Ha, masa ni lah saya tau beza antara sabun biasa kat pasaran terbuka berbanding Dish Drops. Sabun basuh pinggan ni yg paling best pernah guna. Rasanya lain macam je kalau guna sabun lain. Dish Drops ni senang sgt nak tanggalkan minyak terutama marjerin. Tak caya? Cubalah dapatkan satu dan gunalah. Hehehe.. =P. 



Ni botol Dish Drops 4 liter yg saya beli masa bulan Januari 2011 yg lalu. Dah hampir 10 bulan gunakan dia tp masih berbaki lebih dari separuh botol. Lama sgt dah rasa tak beli sabun basuh pinggan. Kalau dulu sebelum menggunakan Dish Drops ni, tiap2 bulan mesti beli kat pasaraya waktu shopping barang2 rumah. Sejak guna dia x pernah dah lalu tempat botol sabun basuh pinggan ni.

Banyak lagi sebenarnya barang2 Amway ni. Penat tau kalau nak cerita semuanya dalam satu entry. Nantilah kalau2 senang nanti saya seritakan lg pengalaman menggunakan barang2 Amway yang saya telah, pernah, sedang dan akan digunakan..

Sebelum meninggalkan catatan kali ni, saya nak tinggalkan peribahasa ni

Belum Cuba, Belum Tahu..


Tak Kenal Maka Tak Cinta..

Ada lagi satu pepatah orang putih..

Don't Judge The Book By It's Cover.. 

Bersama catatan kali ni jg ada link dr myMetro. Sudi2kanlah membacanya..

myMetro | Produk Amway sangat menjimatkan

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AMWAY.. TAU.. TP X PENAH CUBA.. ex polisas 98

Tanpa Nama berkata...

betul..sangat berpuas hati dengan barangan amway terutama sekali dengan dish drop..walaupun saya seorang lelaki, tapi saya memang akui produk amway memang berkualiti sesuai dengan harganya..tidak kisah langsung bila orang cakap mahal sebab tahu diorang pun bukan pernah guna pun..cari yang murah-murah lepas tu asyik kena beli setiap bulan...sudah menggunakan barangan amway lebih 3 tahun..dan hasilnya sangat memuaskan..