Sabtu, 31 Disember 2011

~Selamat Tinggal 2011. Selamat Datang 2012~

Dah lama rasanya tak menulis apa2 kat blog ni. Yang ada pun cut & paste jer.

Selamat Tinggal 2011.

Beberapa jam lagi untuk kita tinggalkan angka 2011. Ketika ini tentunya ramai antara kita yg bercakap pasal AZAM. Samada azam yg kita buat di awal tahun 2011 sudah berjaya atau tidak dan ada jg yg mengatakan mengenai azam baru tahun 2012.

 Sesungguhnya azam itu tentunya perubahan kepada yang lebih baik. Untuk mencapai azam ni semua bergantung pada diri sendiri. Azam yg kia buat itulah matlamat kita sebenarnya, jadi utk mencapai matlamat itu sememangnya bergantung kepada kuasa positif dalam diri. Bukan senang nak mengubah kehidupan harian kita yg telah biasa kita lakukan kepada yg luar biasa. Hermmm... contoh apa nak bg ni.

 Contohnya, mungkin tabiat atau kebiasaan suka mengadap FB sambil main game (hihihi... mcm terkena batang hidung sendiri jer, mmg pn. huuhu..) jadi sempena tahun baru ini maka kita berazam untuk mengurangkan waktu mengadap game tu atau nak kata terus lupakan game tu.. semuanya memerlukan kuasa minda yg luar biasa utk berubah.

 Tak kisahlah apa sahaja azam kita, suatu benda yg mesti kita buat untuk azam itu berjaya adalah dengan menulisnya di atas kertas dan di pamerkan dimana kita boleh lihat azam itu setiap hati. Tujuannya, untuk mengingatkan kita setiap hari, setiap masa yang kita ada sesuatu untuk di lakukan.

 Selamat Tahun Baru 2012. 

Sabtu, 24 Disember 2011

~Penjagaan Kulit Intensif dari Artistry~

RM312



Selepas hanya satu rawatan selama 8 minit di rumah dengan Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY, kulit kelihatan dan terasa lebih lembut dan lebih licin. Sains di sebalik kelicinan tersebut? Bahan-bahan termaju kami, dimulakan dengan Enzim Cendawan, alternatif pengelupas kimia yang lebih lembut dan diperoleh secara semula jadi.
Bahan-bahan Termaju, Kelembutan Unggul
ENZIM CENDAWAN MUCOR MIEHEI
Dihasilkan menerusi proses 100 langkah yang dilindungi paten, enzim berharga ini dengan cara yang menakjubkan menyerupai aktiviti enzim pengelupasan yang dihasilkan secara semula jadi kulit dalam kulit manusia. Ia tidak mengganggu sel-sel hidup, menjadikan ia enzim yang selamat dan lembut, sesuai untuk semua jenis kulit. Ia menjadikan kulit lebih licin dan teksturnya bertambah baik.
MINYAK BIJI CHIA NUTRILITE
Ia membekalkan asid lemak Omega-3 dalam paras yang tinggi, yang penting untuk menyuburkan kulit tetapi tidak boleh disintesis oleh tubuh. Minyak yang unik ini berupaya menambah asid lemak kepada tubuh untuk mewujudkan perisai emolien yang membantu mengunci lembapan dan mengekalkan fungsi perintang lembapan semula jadi kulit.
LIPOSOM PERINTANG
Terdiri daripada humektan dan lipid, Liposom Perintang bukan sahaja membantu kulit memerangkap lembapan tetapi juga membantu mengekalkan lembapan dan nutrien dalam kulit. Hasilnya, kulit yang lebih licin, lebih lembut dan lebih lembap.
EKSTRAK RUMPAI LAUT MERAH (CARRAGEENAN) DAN GLISERIN
Carrageenan, sejenis polisakarida yang diperoleh daripada rumpai laut merah, memberikan lapisan yang melembut dan merapikan kulit yang membantu mengekalkan lembapan. Gliserin adalah humektan berkuasa yang membantu meningkatkan pengekalan lembapan dalam kulit.
Hasil Yang Boleh Anda Harapkan
Ujian klinikal Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY telah menunjukkan produk ini selamat dan berkesan sementara ujian persepsi pengguna menunjukkan tindak balas yang sangat positif.
Nota: Ujian pengguna telah dijalankan ke atas 69 peserta Asia dan Kaukasia.

ARAHAN MENGGUNA:
1.Guna dua kali seminggu untuk tempoh rawatan selama 6 minggu.*
2.Bersihkan muka dengan pembersih muka ARTISTRY pilihan anda. Bilas dan keringkan betul-betul.
3.Sapu 8 pam penuh Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif pada muka, elakkan kawasan mata. Anda mungkin mengalami sedikit kemerahan atau rasa menggelenyar ketika menggunakannya. Ini adalah tindak balas normal dan menunjukkan bahawa produk itu berkesan.
4.Biarkan selama 8 minit. Produk mungkin tidak kering sepenuhnya.
5.Basahkan hujung jari dan urut kulit dengan lembut. Bilas sebersih-bersihnya menggunakan air suam kemudian tekap kulit hingga kering. Ikuti dengan penyegar dan pelembap ARTISTRY pilihan anda.

*Perhatian:
Empat kali setahun (sukuan) adalah disyorkan untuk mengekalkan kulit dalam keadaan optimum. Gunakan Pengelupas Memperbaharui selama 6 minggu kemudian tunggu 6 minggu untuk memulakan kitaran pengelupasan yang berikutnya.
Penggunaan produk pengelupasan lain seperti Losyen Pelicin Kulit, Skrub Pelicin dan Serum Pembaikan Intensif tidak diperlukan dalam tempoh rawatan Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ini. Anda disyorkan supaya menyambung penggunaan produk-produk ini 2 hingga 4 minggu selepas rawatan Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif selama 6 minggu tersebut selesai.