Sabtu, 31 Disember 2011

~Selamat Tinggal 2011. Selamat Datang 2012~

Dah lama rasanya tak menulis apa2 kat blog ni. Yang ada pun cut & paste jer.

Selamat Tinggal 2011.

Beberapa jam lagi untuk kita tinggalkan angka 2011. Ketika ini tentunya ramai antara kita yg bercakap pasal AZAM. Samada azam yg kita buat di awal tahun 2011 sudah berjaya atau tidak dan ada jg yg mengatakan mengenai azam baru tahun 2012.

 Sesungguhnya azam itu tentunya perubahan kepada yang lebih baik. Untuk mencapai azam ni semua bergantung pada diri sendiri. Azam yg kia buat itulah matlamat kita sebenarnya, jadi utk mencapai matlamat itu sememangnya bergantung kepada kuasa positif dalam diri. Bukan senang nak mengubah kehidupan harian kita yg telah biasa kita lakukan kepada yg luar biasa. Hermmm... contoh apa nak bg ni.

 Contohnya, mungkin tabiat atau kebiasaan suka mengadap FB sambil main game (hihihi... mcm terkena batang hidung sendiri jer, mmg pn. huuhu..) jadi sempena tahun baru ini maka kita berazam untuk mengurangkan waktu mengadap game tu atau nak kata terus lupakan game tu.. semuanya memerlukan kuasa minda yg luar biasa utk berubah.

 Tak kisahlah apa sahaja azam kita, suatu benda yg mesti kita buat untuk azam itu berjaya adalah dengan menulisnya di atas kertas dan di pamerkan dimana kita boleh lihat azam itu setiap hati. Tujuannya, untuk mengingatkan kita setiap hari, setiap masa yang kita ada sesuatu untuk di lakukan.

 Selamat Tahun Baru 2012. 

Tiada ulasan: