Khamis, 29 Mac 2012

~Masih Trauma~

Kejadian ni berlaku dah lebih sebulan. Tapi kesannya sampai hari ni tak habis2 lagi.


Bila korang tengok gambar kat atas tu mesti dah dapat agakkan...excident...

Memang excident. Berlaku dekat trafik light dekat Gombak. Waktu tu baru balik dari rumah kakak ipar kat Gombak. Jam dah dekat pukul 5 ptg, time org nak balik kerja kalau lambat gerak nanti mesti jem... Tiba2...


mamat tu jatuh depan kereta, depan mata aku... huhuhu... rasa nak luruh jantung. Tapi kereta kami tak tersentuh sikit pun oleh mamat tu. Kena usung la jg dia ke atas pembahagi jalan tu. Kepala berdarah. Bila excident biasalah ramai yg datang. Nasiblah ada saksi cakap mamat ni mmg dr tadi bawa laju. Nak cilok punya pasal, nasib dia tak baik hari tu dia sendiri langgar kereta depan kami. Jadi, tak de keslah... Alhamdulillah buat kami... Cek2 budak tu takde lesen pun.. kalau mati, 'mati katak' la kau...


Sejak kejadian tu, asal nmpk motor laju2 & nak cilok2 atas jalan mmg seriau (risau/takut) sangat . Peristiwa tu masih terbayang2 walau tak jadi apa2 kat kita tapi takutnya masih ada...

"Ya Allah.. Lindungilah kami dari sebarang kecelakaan. Amiin"

Rabu, 28 Mac 2012

~Kelas Painting~

Suatu permulaan yg baru...

Memang minat dengan benda2 seni ni. Kalau perasaan, entry sebelum2 ni byk post2 video tutorial mengenai decoupage dan folk art.

Baru saja menghadiri kelas painting dengan kak Gee. Cikgu painting ni kira ramai jg la, tapi pilih kak Gee sebab dialah yang paling dekat dengan rumah.


Lepas je kelas tu langsung tak pergi2. Tapi semangat nak buat tu ada. Maka, mencubalah sendiri dengan berbekalkan pengalaman dengan satu kelas tu.. dan inilah hasilnya...


Lepas ni kena jg curi2 masa untuk pergi kelas painting tu...

Ahad, 25 Mac 2012

~Kembali Terjalin~

Assalamualaikum...

Kembali Terjalin... tajuk lagu kumpulan Slam tu... Siapa tau lagu ni...

"Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika..."

ini antara lagu kegemaran dr dulu sehingga kini...

Saja je buat tajuk ni, rsnya sesuai kerana ini n3 baru setelah lama meninggalkan blog tanpa di sentuh sehingga gersang blog ni. Hari ni baru ada mood nak menulis semula... Byk benda boleh cerita tp takde mood nak menulis... Mood blog pn dah berwajah baru. Harap2 ada mari mood nak menulis lepas ni...

Untuk permulaan ni jom layan lagu Slam ni dulu...