~Kena Pecah~

  Pagi tadi lebih kurang pukul 1 pagi, terima panggilan dari suami yg on the way ke Kelantan... kereta kena pecah... bederau darah... gigil ler kejap... 

  En. suami ada kerja baru sekarang. Dia bukan lagi RE (Resident Engineeer) tapi dah jadi assistant pada kakak dia sendiri merangkap kakak ipar saya jua. Kakak ipar saya ni orang business. Kuat kerja. Kalau tak, tak kan dia boleh dok rumah harga 5 juta waktu beli. Tak termasuk barang2 interior lg tu. Kerja en. suami sekarang byk ikut kakaknya buat road tour satu Malaysia. Semalam kena turn ke Kota Bahru,Kelantan, esoknya pula akan ke Kuala Terengganu & the following day ke Kuantan pula. En. suami terpaksa drive sendiri ke sana malam semalam sendirian sbb kakak ipar naik flight pagi ni (org business, buang masa je lama2 atas jalankan). 

   Nak dijadikan cerita, en. suami berhenti untuk makan malam kat Machang, Kelantan. Dia sms saya bg tahu nak makan, waktu tu dah lepas pukul 12 tgh malam. Lebih kurang pukul 1 pagi en. suami telefon bg tahu kereta kakak ipar saya kena pecah. Cermin kereta bahagian pemandu dipecahkan dan barang2 yang diletak di tempat duduk habis hilang. Menurut en. suami, laptop dan projector untuk taklimat (barang kakak ipar), 1 beg sandang & beg pakaian en. suami hilang. Tinggallah dia sehelai sepinggang. 

  Yang nak diceritakan kat sini kisah beg pakaian tu... huhuhu... Semalam punyalah saya beria menyiapkan beg pakaian dia. Tengok jadual road tour en. suami, road tournya 5 hari berturut2 bermula semalam dari Pantai Timur hingga ke Selatan. Kalau dah 5 hari tu mestilah kena ada 5 helai baju & 5 helai seluar. Itu hanya untuk waktu taklimat je. Baju & seluar untuk santai2 & tidur nak jg. Baju untuk santai2 jer ada 3 helai, seluar 2 helai. Semua baju pilih yg terbaik punya untuk di pakai. Begitu juga dengan seluar. Bagi yang 'baik punya'. Yang mana tebertas kat kaki tu sanggup jahit sebab nak bg yang terbaik. Siap gosok lagi semua seluar tu. Lipat punyalah kemas. Tujuannya supaya en. suami senang nak ambik untuk pakai. Baju melayu pun di lipat & siap dipasangkan butang baju melayu lagi sebab fikir esok (hari ini) hari Jumaat, nanti nak sembahyang Jumaat paling tidak pakailah baju melayu & kain pelekat. Ceritanya, sebelum ni ada juga pergi road tour kena hari Jumaat, tapi tak pula beria2 menyiapkan baju melayu siap berbutang lagi. Bukan itu saja, yg dalam2 pun bagi yang terbaik. Stoking yg biasanya en. suami yang ambik sendiri, semalam saya ambilkan. Juga yang terbaik. 3 pasang lagi. 

  Nampak tak beria saya menyiapkan beg pakaian en. suami semalam? Tiba2 boleh hilang di sebabkan oleh orang2 yang tak sempurna imannya. 

  Bila Allah kata nak jadi tu tetapkan terjadi juga di tempat dan ketika ia telah tertulis. Dan kejadian semalam ianya sudah tertulis berlaku di hadapan sebuah kedai makan di Machang, Kelantan. Apa yang penting, syukur en. suami tak apa2. Takut juga jenis yang merompak serang orang yang guna parang, pisau segala. Maklumlah kita pergi tempat orang. Tak tahu keadaan di situ bagaimana. 

  Bila terjadi begini, macam2lah yang dimuhasabahkan diri ini. Kenapa ia terjadi? Apa yang Allah nak ingatkan kita atas kehilangan barang2 peribadi macam ni? Apa yang kita tak cukup buat atau terlupa sepanjang hidup ini? 

  Moral of the story : Jangan letak barang & beg yg boleh menimbulkan persoalan kepada orang di tempat duduk kereta yg orang lalu-lalang boleh nampak walaupun barang dalam beg itu hanyalah kertas2 kosong atau sampah sarap.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~Produk Amway sangat menjimatkan~

Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs (60 cap)

~TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 -50 (Nukilan Dr. Harlina Halizah Siraj) 5~