~Balasan Untuk Setiap Waktu Solat Ditinggalkan~

“Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu” – Hadis riwayat Attabrani.

Solat merupakan tiang agama kepada semua umat Islam. Mendirikan solat itu telah digariskan sebagai ibadah wajib ditunaikan selepas setiap orang itu telah baligh.

Perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak ialah tentang sembahyang. Jika sembahyang didapati sempurna dan diterima dengan baik maka segala amal yang lain juga akan diterima dengan kiraan yang mudah. Jika sembahyang itu ditolak atau didapati tidak sempurna maka kiraan bagi amal yang lain juga akan ditolak atau dihisab dengan begitu sukar.



Maka bayangkanlah jika ada sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja. Apakah balasan yang akan diterima di akhirat kelak?

Sesiapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu;

* Masuk syurga tanpa dihisab.
* Dihindarkan dari seksaan kubur.
* Dihindarkan dari kesempitan hidup.
* Berjalan di atas sirat bagaikan kilat.
* Diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.

Tetapi, bagi sesiapa yang memandang ringan tentang perlaksanaan untuk bersolat, Allah akan memberi hukuman dengan 15 seksaan;

Ketika di dunia;

1. Dicabut berkat pada umurnya.
2. Dihapus tanda orang soleh pada wajahnya.
3. Amalan yang dikerjakannya tiada pahala.
4. Doanya tidak diangkat ke langit.
5. Tidak mendapat pahala orang solehin.

Ketika mati;

6. Mati dalm kehinaan.
7. Mati dalam kelaparan.
8. Mati dalam kehausan, walau diberi air selautan pun tidak
mencukupi.

Ketika dalam kubur;

9. Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuknya.
10. Dinyalakan api di dalam kubur lalu bermainlah ia di dalamnya siang
dan malam.
11. Didatangi ular `Syuja` yang buta mata dan kukunya dari besi dimana
setiap kuku panjangnya mengambil masa perjalanan sehari.

Ketika hari kiamat;

12. Diberatkan hisabnya.
13. Mendapat kemurkaan Allah.
14. Dimasukkan terus ke dalam neraka.
15. Putus dari rahmat Allah.

Bagi setiap orang Islam yang meninggalkan solat fardhu yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, maka, individu tersebut telah mencampurkan dua perkara iaitu keiimanan dan kekufuran di dalam hidup mereka.

Allah S.W.T telah menetapkan, setiap waktu solat fardhu yang ditinngalkan, Allah S.W.T akan memberikan dosa yang setimpal dengannya. Antaranya;

Subuh : satu fardu yang ditinggalkan Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun. 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia.

Zuhur : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.

Asar : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti meruntuhkan kaabah.

Maghrib : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi perempuan).

Isyak : satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.

Firman Allah S.W.T; “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”

Justeru itu, marilah kita sama-sama mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bertakwa dan berpegang teguh dengan suruhan dan perintah Allah. Setiap kebaikan dan ibadah yang dilakukan, pastinya diberikan ganjaran terbaik oleh Allah S.W.T.

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

Oleh: NAIMAH SHAARI

Sumber: Mynewshub.my & Anak-anak Negeri Sembilan

Ulasan

Unknown berkata…
Mohon share. terima kasih...
Diana berkata…
Ismawati.. silakan...

Catatan popular daripada blog ini

~Produk Amway sangat menjimatkan~

Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs (60 cap)

Pop Corn Dari Pressure Cooker