~Muzium 3D Lukut~

Assalamualaikum... Lama sungguh tak update apa2 kat blog ni.(Malas nak menaip sebenarnya). Ok.. straight to the point.. Waahhh.. nak citer pengalaman melawat "Alive 3D Art Gallery.

Kejadiannya tak dirancang pun. Kebetulan dah keluar awal pagi sbb ke KLIA menghantar adik ipar yang nak balik London. Alang2 tu kita penuhkanla masa. Tambahan masa tu cuti panjang dari Jumaat sampai Ahad. Kesian kat anak2 cuti tak kemana2 pun. Kami pergi hari Ahad. Sampai sana lebih kurang pukul 11.40a.m. Masa sampai tu nmpk dah ramai orang, tp barisan masih blm sampai ke koridor kedai.. utk pengetahuan muzium ni dlm barisan rumah kedai jer. Sempoikan???
Tu yang sempat ambik gambar ms nak balik.. tak sempat nak adjust betul kamera.. jadilah..

 Location korang boleh search map dgn taip "muzium 3D Lukut". Saya tak citer pun Lukut tu kat mana yer... Lukut kat Negeri Sembilan. Dekat dgn PD..

Ok.. bermula lah kisah....

 Suami suruh saya and anak2 je masuk, dia x nak join.. bosan katanya g muzium2 ni. Tp saya beli jg tiket untuk dia. Hehehehe.. ye la kan.... sapa yg nak ambik gambar nanti. Hihihi.. Tapi... lepas dia masuk tu baru dia tau.. ini bukan muzium biasa... cer tgk gambar tu...


Ok.. cukupler gambar dia.. bnyk lg sebenarnya... tp dapat tak apa yg saya cuba sampaikan?? Hi hi... Korang layanla gambar yg ada ni...










Oklah.. cukupla tu. Pergi dan rasai sendiri. Cuma pesan saya, kalau boleh pergi la hari org bekerja. Kalau nak pergi hari cuti datang sebelum pukul 12 tgh hari.. make sure perut diisi dulu.. lama dok dalam tu nanti. Pastikan bateri penuh and memory card jg kosong. Hihihi... Oh ya, masuk dalam tu kena buka kasut. So, dia org caj loker rm2 satu loker..

 Harga Tiket dewasa (Mykad) = RM20 Kanak2 = RM15 Warga emas n oku kurang lagi. Tak sure brp. Korang cek la sendiri ye.. harga tu masa kami pergi bulan Mei 2015.

Fuhhhhhh....

 :-) berjaya juga saya post sesuatu hari ni...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~Produk Amway sangat menjimatkan~

Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs (60 cap)

Pop Corn Dari Pressure Cooker