Selasa, 19 Mei 2015

~Muzium 3D Lukut~

Assalamualaikum... Lama sungguh tak update apa2 kat blog ni.(Malas nak menaip sebenarnya). Ok.. straight to the point.. Waahhh.. nak citer pengalaman melawat "Alive 3D Art Gallery.

Kejadiannya tak dirancang pun. Kebetulan dah keluar awal pagi sbb ke KLIA menghantar adik ipar yang nak balik London. Alang2 tu kita penuhkanla masa. Tambahan masa tu cuti panjang dari Jumaat sampai Ahad. Kesian kat anak2 cuti tak kemana2 pun. Kami pergi hari Ahad. Sampai sana lebih kurang pukul 11.40a.m. Masa sampai tu nmpk dah ramai orang, tp barisan masih blm sampai ke koridor kedai.. utk pengetahuan muzium ni dlm barisan rumah kedai jer. Sempoikan???
Tu yang sempat ambik gambar ms nak balik.. tak sempat nak adjust betul kamera.. jadilah..

 Location korang boleh search map dgn taip "muzium 3D Lukut". Saya tak citer pun Lukut tu kat mana yer... Lukut kat Negeri Sembilan. Dekat dgn PD..

Ok.. bermula lah kisah....

 Suami suruh saya and anak2 je masuk, dia x nak join.. bosan katanya g muzium2 ni. Tp saya beli jg tiket untuk dia. Hehehehe.. ye la kan.... sapa yg nak ambik gambar nanti. Hihihi.. Tapi... lepas dia masuk tu baru dia tau.. ini bukan muzium biasa... cer tgk gambar tu...


Ok.. cukupler gambar dia.. bnyk lg sebenarnya... tp dapat tak apa yg saya cuba sampaikan?? Hi hi... Korang layanla gambar yg ada ni...










Oklah.. cukupla tu. Pergi dan rasai sendiri. Cuma pesan saya, kalau boleh pergi la hari org bekerja. Kalau nak pergi hari cuti datang sebelum pukul 12 tgh hari.. make sure perut diisi dulu.. lama dok dalam tu nanti. Pastikan bateri penuh and memory card jg kosong. Hihihi... Oh ya, masuk dalam tu kena buka kasut. So, dia org caj loker rm2 satu loker..

 Harga Tiket dewasa (Mykad) = RM20 Kanak2 = RM15 Warga emas n oku kurang lagi. Tak sure brp. Korang cek la sendiri ye.. harga tu masa kami pergi bulan Mei 2015.

Fuhhhhhh....

 :-) berjaya juga saya post sesuatu hari ni...

Ahad, 9 Jun 2013

~12 Tahun yang lalu~

"Cinta jangan engkau pergi jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa...

Tuhan tolonglah aku
Satukan aku dan dirinya selamanya...

Cinta ku tetap disini
takkan pernah jauh darimu..."
(senikata lagu Setia hujung nyawa)


Pejam celik pejam celik dah 12 tahun rupanya usia perkahwinan kami.  Banyak sgt suka duka yang telah di lalui bersama.  "Ketawa bersama, menangis bersama".   Alhamdulillah... masih bersama... Mudah2an setia hingga ke hujung nyawa...

Sepanjang 12 tahun kami dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata and bakal hadir yg kelima tak lama jer lagi.. 12 tahun 5 org kauuu... Menanti satu detik yg kelima akan muncul bila2 sahaja... (sebab hari ni dah 2 hari due...) Hadiah ulangtahun ke 12 ni...

Sudi2lah layan koleksi gambar2 kenangan terindah saya dan suami...

8 Jun 2001 - Tarikh keramat kami di akad sebagai suami isteri.

9 Jun 2001 - Majlis kenduri di Sri Kinta, Ipoh.

 10 Jun 2001 - Majlis kenduri di Rapat Setia, Ipoh.


Terima kasih kepada saudara-mara yg sudi meraikan kami.. mungkin pada ketka itu ada yang kami terlupa untuk ucapkan terima kasih.  Terima kasih sekali lagi.  Doakan kami bahagia hingga hujung nyawa.




Rabu, 15 Mei 2013

~SELAMAT HARI IBU~

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hari ibu baru jer berlalu.  Macam2 pandangan org tentang hari ibu ni. Boleh diraikan atau tak boleh? Menurut sumber, kata Ustaz Azhar Idrus... "sesiapa yang takut rosak akidah jangan sambut"

Gambar : Sumber Mr.google :)

Sebaiknya utk umat Islam kita ikutlah kata2 nasihat dari orang yang lebih arif. Tak gitu ke?

Kita tak sambut, tak raikan dengan cara Kristian.  Cukuplah sekadar ucapan terima kasih dari anak2 untuk kita yg bergelar ibu ni. Maklumlah, sifat manusia ni sukar sekali untuk berterima kasih sesama kita. At least dlm setahun tu mana2 anak yg teruk sgt nak ucap terima kasih kat ibu dia ambillah kesempatan sehari dlm setahun tu untuk ucapkan terima kasih. Wallahhualam... Harap2 tak de yg memutar belitkan ayat saya ni... huhuhuhu...

Sempena hari ibu yang lepas, anak2 saya adalah yg buatkan kad utk ibu dia org ni... Mari kita tgk hasil kerja  anak2 sy...


yang ni kad ucapan hasil kerja dr Qaisara Adurrah

yang ni pula kad ucapan dr hasil kerja Qaisara Salihah

OK lah jg kannn... at least dia org sampaikan dgn cara mcm ni. Terima kasih anak2 ibu. Moga lepas ni adalah ucapan terima kasih dr mereka bukan hanya pada hari ibu tetapi setiap hari... Amiinn!


Ahad, 21 April 2013

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Lama sungguhlaaa tak post apa2 kat blog ni... hurmmm tu lah dia.. sejak ada facebook ni dok layan yg tu jer lah... lama tak update pape. tapi... selalu dtg jenguk blog ni... dgr lagu hafiz "Untuk Kamu", tambah2 waktu tgh2 malam.. dok sorang2... layannnnnn... dengar surah yasin ms bangun pagi dan sebelum tidur... tgk friends yg sudi singgah kat blog ku yg tak seberapa ni... maklumlah, budak baru belajar... tak de yg super2 cam org dah biasa dgn blogkan... nak tambah yg baru pn terkial2...

Idea bnyk nak kongsi, cerita banyak nak cerita.. masa jg yang menentukan segalanya... EH! masa yang menentukan ke kita yg kena menentukan masa? Pandai2lah kita uruskan masa kita yer..

Dah masuk bulan April dah tahun 2013 ni... Mcm2 cerita tahun 2012 pn masih bermain dalam kepala ni... terpahat terus kot dlm kepala ni... macam2 kisah suka duka dok ada... semuanya mengajar kita erti dewasa... yg mana baik kita jadikan rujukan... yg buruk pn kena jadikan rujukan juga supaya next time tak buat lg...

Cukuplah dulu entry pertama untuk tahun 2013 ni... nanti sy update kemudian...

Untuk entry kali ni, sy tinggalkan kata2 ini untuk renungan  kita bersama....



Selasa, 5 Jun 2012

~Apa itu akne?~


Apa itu akne?
Akne juga dikenali sebagai jerawat.
Bagaimana akne terjadi?
Akne terjadi apabila:
  • Liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar
  • Terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak (sebaceous gland). Keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh gen seseorang
  • Terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma (disebabkan oleh bakteria Propionebacterium acne)
Adakah akne disebabkan oleh beberapa makanan tertentu?
Ini merupakan satu mitos.Akne tidak disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau coklat. Ia juga bukan disebabkan oleh resdung.


Terdapat beberapa jenis akne iaitu :
  • Bintik putih atau bintik hitam (comedones)
  • Bonjol merah yang bernanah atau tidak
  • Bintil (nodul) dan pembentukan cista (berair) yang mungkin mengakibatkan parut

Apakah yang menyebabkan akne semakin teruk?
Antara perkara yang boleh mengakibatkan akne semakin teruk adalah:
  • Perubahan hormon pada remaja perempuan semasa datang haid
  • Alat solek yang berasaskan minyak
  • Gel rambut
  • Memicit jerawat
  • Tekanan hidup
  • Mengandung
  • Ubat seperti streroidphenytoin (Dilantin) atau Lithium
Siapa yang boleh mendapat akne?
Akne boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
  • Biasanya ia menjadi bertambah teruk di kalangan remaja, terutama remaja lelaki
  • Kita boleh mendapat akne pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50 tahun
  • Jika ibu bapa anda mempunyai masalah akne, berkemungkinan besar anda juga boleh mendapatnya.
Apa yang boleh saya lakukan apabila mendapat akne?
Akne yang ringan boleh dirawat dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi. Pada lazimnya adalah memadai untuk menggunakan ubat seperti:
  • Benzoyl peroxide 2.5%, 5%, 10% krim/gel pada waktu malam atau 2 kali sehari
  • 2% – 6% Sulfur dalam losen calamine
Bilakah saya perlu mendapatkan rawatan?
Jika akne bertambah teruk, anda perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberi pelbagai jenis krim sepertiRetinoidsAzelaic Acid atau antibiotik (Clindamycin).
Untuk akne yang sederhana.
  • Seseorang itu perlu makan antibiotik selama 4 hingga 6 bulan
  • Pil perancang keluarga yang tertentu juga berkesan bagi remaja perempuan tetapi bukan untuk remaja lelaki
Bagi akne yang teruk (nodulocystic acne), anda perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatanIsotretinoin (Roaccutane). Preskripsi bagi ubat ini hanya boleh diberi oleh Pakar Perunding Kulit (Dermatologist):
  • Isotretinoin mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti kecacatan kelahiran. Remaja perempuan tidak boleh mengandung semasa mengambil Isotretinoin dan sehingga sekurang-kurangnya sebulan selepas berhenti mengambil ubat tersebut
  • Mereka juga perlu dipantau untuk kesan-kesan sampingan Isoteretinoinyang lain
Adakah akne boleh meninggalkan parut?
Akne yang ringan sembuh dengan meninggalkan kesan gelap (pigment) yang akan hilang. Pada lazimnya ia tidak akan meninggalkan parut kecuali akne tersebut dicungkil atau dipicit.Akne yang teruk dan nodulocystic akan meninggalkan parut yang cetek di bahagian permukaan dan/atau parut yang dalam di kulit.Terdapat golongan yang cenderung terhadap pembentukan keloid (parut tebal).
Bolehkan parut akne dirawat?
Selepas beberapa bulan, biasanya parut akan hilang sedikit demi sedikit.
Beberapa kaedah boleh digunakan untuk merawat parut seperti:
  • Bagi parut yang cetek, bahan kimia seperti glycolic atau asid trikloroasetikdigunakan untuk menggelupaskan permukaan kulit
  • Teknik laser resurfacing
  • Bagi parut yang besar, boleh menggunakan suntikan collagen atau implan matrik gelatin
  • Pembedahan pembetulan (Surgical repair)
  • Penggunaan kosmetik bagi menutup parut
Bolehkah saya mencegah akne?
Ya, boleh. Anda boleh menghindari atau mengawal akne melalui:
  • Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut
  • Mengelak daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. Pilih kosmetik yang non-comedogenis
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit anda. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Lebihkan minum air kosong
  • Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit
  • Mengurangkan tekanan dan mengamalkan teknik relaksasi