Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ~~ Buat Sahabat dan Teman~~

~TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 -50 (Nukilan Dr. Harlina Halizah Siraj) 5~

Imej
Nota 41 - 50 TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 41 - Hentikanlah tindakan saling sakit-menyakiti hati dan perasaan antara dikau dan suami. Jangan diikut emosi marah, geram, dendam dan kecewa. Selepas berbalah dan bersengketa, secara jujur tanyakanlah hati kecilmu : Bahagiakah rasa bila hati bagai disimbah cuka? Sampai bila mahu begini? Belum tibakah masa utk bermaafan seikhlas-ikhlasnya? Jawapan hanya ada pada dirimu. TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 42 - Zahirkan perasaan hormat dan sayang antara dikau berdua di depan anak2. Pastikan mereka dapat melihat contoh terbaik hubungan suami isteri dari interaksi dikau dan suamimu. Selagi mana anak2 dapat melihat penzahiran cinta kasih antara ibu dan bapanya, selama itulah jua perasaan tenteram dan selamat akan menyelubungi mereka. TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 43 - Masih ingatkah lagi dengan cita-cita mulia di awal perkahwinan dulu - mahu bersama menempuh bahagia di DUNIA dan AKHIRAT ? Mengapa sekarang, sering sengketa dan berbala...

~Rupa Kiamat>>>Bacalah Sahabat2ku~

Gambaran Hari Kiamat ... ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mer...