Catatan

~Muzium 3D Lukut~

Imej
Assalamualaikum... Lama sungguh tak update apa2 kat blog ni.(Malas nak menaip sebenarnya). Ok.. straight to the point.. Waahhh.. nak citer pengalaman melawat "Alive 3D Art Gallery. Kejadiannya tak dirancang pun. Kebetulan dah keluar awal pagi sbb ke KLIA menghantar adik ipar yang nak balik London. Alang2 tu kita penuhkanla masa. Tambahan masa tu cuti panjang dari Jumaat sampai Ahad. Kesian kat anak2 cuti tak kemana2 pun. Kami pergi hari Ahad. Sampai sana lebih kurang pukul 11.40a.m. Masa sampai tu nmpk dah ramai orang, tp barisan masih blm sampai ke koridor kedai.. utk pengetahuan muzium ni dlm barisan rumah kedai jer. Sempoikan??? Tu yang sempat ambik gambar ms nak balik.. tak sempat nak adjust betul kamera.. jadilah..  Location korang boleh search map dgn taip "muzium 3D Lukut". Saya tak citer pun Lukut tu kat mana yer... Lukut kat Negeri Sembilan. Dekat dgn PD.. Ok.. bermula lah kisah....  Suami suruh saya and anak2 je masuk, dia x nak join.. bosan ka

~SELAMAT HARI IBU~

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari ibu baru jer berlalu.  Macam2 pandangan org tentang hari ibu ni. Boleh diraikan atau tak boleh? Menurut sumber, kata Ustaz Azhar Idrus... "sesiapa yang takut rosak akidah jangan sambut" Gambar : Sumber Mr.google :) Sebaiknya utk umat Islam kita ikutlah kata2 nasihat dari orang yang lebih arif. Tak gitu ke? Kita tak sambut, tak raikan dengan cara Kristian.  Cukuplah sekadar ucapan terima kasih dari anak2 untuk kita yg bergelar ibu ni. Maklumlah, sifat manusia ni sukar sekali untuk berterima kasih sesama kita. At least dlm setahun tu mana2 anak yg teruk sgt nak ucap terima kasih kat ibu dia ambillah kesempatan sehari dlm setahun tu untuk ucapkan terima kasih. Wallahhualam... Harap2 tak de yg memutar belitkan ayat saya ni... huhuhuhu... Sempena hari ibu yang lepas, anak2 saya adalah yg buatkan kad utk ibu dia org ni... Mari kita tgk hasil kerja  anak2 sy... yang ni kad ucapan hasil kerja dr Qaisara Adurrah
Imej
Assalamualaikum... Salam sejahtera... Lama sungguhlaaa tak post apa2 kat blog ni... hurmmm tu lah dia.. sejak ada facebook ni dok layan yg tu jer lah... lama tak update pape. tapi... selalu dtg jenguk blog ni... dgr lagu hafiz "Untuk Kamu", tambah2 waktu tgh2 malam.. dok sorang2... layannnnnn... dengar surah yasin ms bangun pagi dan sebelum tidur... tgk friends yg sudi singgah kat blog ku yg tak seberapa ni... maklumlah, budak baru belajar... tak de yg super2 cam org dah biasa dgn blogkan... nak tambah yg baru pn terkial2... Idea bnyk nak kongsi, cerita banyak nak cerita.. masa jg yang menentukan segalanya... EH! masa yang menentukan ke kita yg kena menentukan masa? Pandai2lah kita uruskan masa kita yer.. Dah masuk bulan April dah tahun 2013 ni... Mcm2 cerita tahun 2012 pn masih bermain dalam kepala ni... terpahat terus kot dlm kepala ni... macam2 kisah suka duka dok ada... semuanya mengajar kita erti dewasa... yg mana baik kita jadikan rujukan... yg buruk pn kena jadi

~Apa itu akne?~

Imej
Apa itu  akne ? Akne  juga dikenali sebagai jerawat. Bagaimana  akne  terjadi? Akne  terjadi apabila: Liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar Terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak (sebaceous gland). Keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh gen seseorang Terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma (disebabkan oleh bakteria  Propionebacterium acne ) Adakah  akne  disebabkan oleh beberapa makanan tertentu? Ini merupakan satu mitos.Akne tidak disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau coklat. Ia juga bukan disebabkan oleh resdung. Terdapat beberapa jenis  akne  iaitu : Bintik putih atau bintik hitam ( comedones ) Bonjol merah yang bernanah atau tidak Bintil (nodul) dan pembentukan cista (berair) yang mungkin mengakibatkan parut Apakah yang menyebabkan  akne  semakin teruk? Antara perkara yang boleh mengakibatkan akne semakin ter

~Masalah Keputihan~

Imej
Masalah  keputihan wanita  adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita  adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid. Masalah  keputihan wanita  boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah  keputihan wanita  ini mengganggu aktiviti seharian mereka. Masalah  keputihan wanita  yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah  keputihan wanita  tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit. Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal. Keb

~How to Remove Scratches From Any DVD~

Imej
Boleh repair rupanya cd2 yg bercalar2 ni.. Berlambak2 cd kat rumah ni yg dah bercalar n tak boleh nak main lg dah. Tp selain nak baiki cd2 kita tu, tgklah betapa 'power'nya air bergas yg kita minum. Tp sy tak nak komen pasal air gas tu. Jom kita cuba buat...

~Balasan Untuk Setiap Waktu Solat Ditinggalkan~

Imej
“Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu” – Hadis riwayat Attabrani. Solat merupakan tiang agama kepada semua umat Islam. Mendirikan solat itu telah digariskan sebagai ibadah wajib ditunaikan selepas setiap orang itu telah baligh. Perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak ialah tentang sembahyang. Jika sembahyang didapati sempurna dan diterima dengan baik maka segala amal yang lain juga akan diterima dengan kiraan yang mudah. Jika sembahyang itu ditolak atau didapati tidak sempurna maka kiraan bagi amal yang lain juga akan ditolak atau dihisab dengan begitu sukar. Maka bayangkanlah jika ada sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja. Apakah balasan yang akan diterima di akhirat kelak? Sesiapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu; * Masuk syurga tanpa dihisab. * Dihindarkan dari