Selasa, 25 Oktober 2011

~Zikir Harian~

Assalamualaikum..

Entry kali ni nak share zikir harian yg boleh kita amalkan. Selamat beramal.

Rabu, 19 Oktober 2011

~Produk Amway sangat menjimatkan~

Produk Amway sangat menjimatkan?

Adik : Ish! Ye ke? 
Kak :Tak caya, cubalah dulu.
Adik :Tapi barang Amway mahallah.
Kak : Dah pernah cuba tak?
Adik : Tak pernah..
Kak : Cuba pakai 1 barang dulu. Pastu baru nilai, boleh?
Adik : Ermmmm.. nanti saya tanya suami dululah..

Itulah saya dulu masa mula2 diperkenalkan ke dlm dunia Amway. Semuanya negatif.  Selalu tertanya, kenapa barang dia mahal sgt. Sampailah suatu hari tu, apabila kupon diskaun 10% utk ahli baru hampir tamat, saya pn memujuklah si suami untuk mencuba pakej diskaun tu yg terdiri dari kelengkapan rumah ( home care ) dan kelengkapan peribadi ( personal care ). Elok pl tu kena dgn time suami baru gaji.. Hehe.. bodek2 la sikit...

Excited jg nak mencubanya. Mula2 pakai rasa mcm best je, tp x berani nak bersuara takut suami cakap kita pl lebih2 pasal suami saya ni mmg sgt negatif dengan benda2 MLM ni. Dalam masa seminggu lepas guna tu suami saya mula bersuara, katanya bagus jg barang Amway ni, terutama ubat gigi. 



Ha, sejak dari saat itu kami mula mencuba pelbagai lagi barang2 lain keluaran Amway termasuk vitamin jenama Nutrilite dr Amway.  Sehingga kini kami x pernah cari jenama vitamin lain lg. Walaupun mahal tp hasilnya dah nmpak terutama kepada sinus saya. Jenama Nutrilite sendiri sudah berdiri teguh selama 75 tahun di dunia. Lama tu kan?


Nak cerita pl pasal Dish Drops (sabun basuh pinggan). Nak guna Dish Drops ni kita kena bancuh dia dulu. Kepekatannya bergantung pada kita. nak pekat ke nak cair. Kalau pekat, masa nak guna tu boleh campur dgn air lg bagi cair. Tangan pn lembut je lps guna. Yang boleh dapat beza tu, kat rumah sendiri saya guna Dish Drops ni, tapi bila balik kpg mana lah nak bw Dish Drops tu balik kpg. Ha, masa ni lah saya tau beza antara sabun biasa kat pasaran terbuka berbanding Dish Drops. Sabun basuh pinggan ni yg paling best pernah guna. Rasanya lain macam je kalau guna sabun lain. Dish Drops ni senang sgt nak tanggalkan minyak terutama marjerin. Tak caya? Cubalah dapatkan satu dan gunalah. Hehehe.. =P. 



Ni botol Dish Drops 4 liter yg saya beli masa bulan Januari 2011 yg lalu. Dah hampir 10 bulan gunakan dia tp masih berbaki lebih dari separuh botol. Lama sgt dah rasa tak beli sabun basuh pinggan. Kalau dulu sebelum menggunakan Dish Drops ni, tiap2 bulan mesti beli kat pasaraya waktu shopping barang2 rumah. Sejak guna dia x pernah dah lalu tempat botol sabun basuh pinggan ni.

Banyak lagi sebenarnya barang2 Amway ni. Penat tau kalau nak cerita semuanya dalam satu entry. Nantilah kalau2 senang nanti saya seritakan lg pengalaman menggunakan barang2 Amway yang saya telah, pernah, sedang dan akan digunakan..

Sebelum meninggalkan catatan kali ni, saya nak tinggalkan peribahasa ni

Belum Cuba, Belum Tahu..


Tak Kenal Maka Tak Cinta..

Ada lagi satu pepatah orang putih..

Don't Judge The Book By It's Cover.. 

Bersama catatan kali ni jg ada link dr myMetro. Sudi2kanlah membacanya..

myMetro | Produk Amway sangat menjimatkan

~Boy Falls from Top of Escalator~

Jagalah anak2 kita jgn jadi sampai mcm ni. Dia org ni tau nak mencuba aje. nak explore semua benda. Berhati-hatilah ya!


Khamis, 13 Oktober 2011

~Tips Untuk Memagar Diri~

Tips Untuk Memagar Diri:

Waktu selepas Solat Maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri anda.

Caranya:

1. Duduk bertimpuh seperti Tahiyat Awal dan mengadap ke KIBLAT.

2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.

3. Pejam mata, tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat Kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa anda membaca ayat Kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan anda satu tembok yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat Kursi hembuskan semula nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi langkah yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. (Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan, amalkan sebulan sekali. Tetapi untuk lebih afdhal, amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja dalam seminggu.

Jumaat, 7 Oktober 2011

~Amalan Ketika Anak Mengambil Peperiksaan~

Assalamualaikum,

 Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

 KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN. Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

 Contoh: Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

 Sumber: Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi. Wasallam.

 By: MataHati AinulQalbi