Khamis, 29 Mac 2012

~Masih Trauma~

Kejadian ni berlaku dah lebih sebulan. Tapi kesannya sampai hari ni tak habis2 lagi.


Bila korang tengok gambar kat atas tu mesti dah dapat agakkan...excident...

Memang excident. Berlaku dekat trafik light dekat Gombak. Waktu tu baru balik dari rumah kakak ipar kat Gombak. Jam dah dekat pukul 5 ptg, time org nak balik kerja kalau lambat gerak nanti mesti jem... Tiba2...


mamat tu jatuh depan kereta, depan mata aku... huhuhu... rasa nak luruh jantung. Tapi kereta kami tak tersentuh sikit pun oleh mamat tu. Kena usung la jg dia ke atas pembahagi jalan tu. Kepala berdarah. Bila excident biasalah ramai yg datang. Nasiblah ada saksi cakap mamat ni mmg dr tadi bawa laju. Nak cilok punya pasal, nasib dia tak baik hari tu dia sendiri langgar kereta depan kami. Jadi, tak de keslah... Alhamdulillah buat kami... Cek2 budak tu takde lesen pun.. kalau mati, 'mati katak' la kau...


Sejak kejadian tu, asal nmpk motor laju2 & nak cilok2 atas jalan mmg seriau (risau/takut) sangat . Peristiwa tu masih terbayang2 walau tak jadi apa2 kat kita tapi takutnya masih ada...

"Ya Allah.. Lindungilah kami dari sebarang kecelakaan. Amiin"

Tiada ulasan: