“Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu” – Hadis riwayat Attabrani. Solat merupakan tiang agama kepada semua umat Islam. Mendirikan solat itu telah digariskan sebagai ibadah wajib ditunaikan selepas setiap orang itu telah baligh. Perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak ialah tentang sembahyang. Jika sembahyang didapati sempurna dan diterima dengan baik maka segala amal yang lain juga akan diterima dengan kiraan yang mudah. Jika sembahyang itu ditolak atau didapati tidak sempurna maka kiraan bagi amal yang lain juga akan ditolak atau dihisab dengan begitu sukar. Maka bayangkanlah jika ada sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja. Apakah balasan yang akan diterima di akhirat kelak? Sesiapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu; * Masuk syurga tanpa dihisab. * Dihindarkan dari