Jumaat, 13 April 2012

~TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 -50 (Nukilan Dr. Harlina Halizah Siraj) 5~

Nota 41 - 50



  • TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 41 - Hentikanlah tindakan saling sakit-menyakiti hati dan perasaan antara dikau dan suami. Jangan diikut emosi marah, geram, dendam dan kecewa. Selepas berbalah dan bersengketa, secara jujur tanyakanlah hati kecilmu : Bahagiakah rasa bila hati bagai disimbah cuka? Sampai bila mahu begini? Belum tibakah masa utk bermaafan seikhlas-ikhlasnya? Jawapan hanya ada pada dirimu.
  • TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 42 - Zahirkan perasaan hormat dan sayang antara dikau berdua di depan anak2. Pastikan mereka dapat melihat contoh terbaik hubungan suami isteri dari interaksi dikau dan suamimu. Selagi mana anak2 dapat melihat penzahiran cinta kasih antara ibu dan bapanya, selama itulah jua perasaan tenteram dan selamat akan menyelubungi mereka.
  • TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 43 - Masih ingatkah lagi dengan cita-cita mulia di awal perkahwinan dulu - mahu bersama menempuh bahagia di DUNIA dan AKHIRAT ? Mengapa sekarang, sering sengketa dan berbalah - seolah2 mahu menempa derita di DUNIA, yg mungkin membawa ke neraka AKHIRAT? Cukup-cukuplah menyakiti satu sama lain. Umur yang berbaki entah tinggal esok lusa. Ayuh, mari segera kita bertaubat nasuha, sementara masih ada modal masa.
  • TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 44 - Curilah hati suamimu dengan keikhlasan mencintainya semata-mata kerana Allah SWT. Nur ikhlas itu akan menyerikan wajahmu & mengukir keindahan yg takkan luntur dimakan zaman. Ikhlas menjadi benteng menepis tipu daya syaitan yg datang dari segenap penjuru. Tiada `udang di sebalik batu'. Kejujuran menjadi hasil tuaian yg bakal dinikmati bersama, InsyaAllah.
  • TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 45 - Belajarlah utk menangani kepelbagaian. Raikanlah kepelbagaian sebagai satu petanda keagungan Allah SWT, bukannya satu liabiliti yg menjadi titik sengketa antara kita suami isteri. Jangan sesekali cuba memaksa suami menyukai segala yg dikau berkenan dan membenci segala yg engkau sisihkan. Begitu jua dgn sidia, yg tidak seharusnya menuntut agar engkau menjadi manusia yg lain semata2 utk memenuhi kehendaknya.
  • TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 46 - Ingatlah, usia kita suami isteri semakin merangkak dewasa, menunju ke ufuk senja akhirnya. Wajarlah, kematangan dan kebijaksanaan semakin menyerlah, menggantikan ketangkasan fizikal dan kemudaan wajah yg semakin pudar. Isilah sisa masa yg ada sebaiknya, jgn dipersiakan begitu sahaja. Semoga setiap detik yg dijalani bersama, menjadi modal utama utk meraih redha Allah SWT.
  • TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 47 - Berhentilah berdendam dengan suamimu, disebabkan kesilapannya yang lalu. Elakkan mengungkit perkara lepas yang sudah terkubur menjadi sejarah. Belajarlah memaafkan dan berilah peluang kedua. Retak hatimu mungkin akan nampak bekasnya sampai bila2 - namun jadilah manusia yang berjiwa besar dan mulia. Sudah sudahlah saling sakit-menyakiti. Demi kesejahteraan fizikal, minda, emosi dan spiritualmu - lepaskanlah amarahmu!
  • TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 48 - Kongsikanlah rezeki pendapatan bulananmu dgn bijaksana demi sebuah keluarga yg lebih sejahtera. Izinkan suamimu menyara semampu yg terdaya, menyediakan makan minum seharian dan rumah tempat berteduh. Sumbangkan sedekahmu buat menampung dana pendidikan anak2, tabung kecemasan, sedikit keselesaan dan rekreasi. Janganlah boros dalam bermewah-mewah, namun elakkanlah sifat kedekut dan kebakhilan. Amalkan syura dlm setiap urusan, InsyaAllah barakah mengiringi setiap keikhlasan.
  • TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 49 - Ketahuilah bahasa cinta milikmu dan juga suamimu. Pilih satu yang paling bermakna - kata-kata, pemberian hadiah, masa berkualiti, khidmat bakti atau sentuhan fizikal. Tunjukkan kasih sayang melalui perantaraan bahasa cintanya, agar hubungan lebih mendalam dan bermakna. Dedahkanlah bahasa cintamu kepada suamimu, moga ekspresi cintanya mampu mengisi takungan emosimu yg sudah semakin kekeringan.
  • TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 50 - Ketahuilah lima bahasa maaf ( Five Languages of Apology)- Dr Gary Chapman - dan berbahasalah dgn kelima2nya sepanjang masa. 1.Nyatakan dengan jelas : Saya mohon maaf. 2.Mengakulah kesilapanmu : Saya memang bersalah. 3.Gunakan bahasa cinta kegemarannya sebagai tebusan - Terimalah tanda maaf dariku 4.Buktikan kejujuran meminta maaf - Saya benar2 menyesal 5.Azam tidak akan mengulangi - Saya janji tak buat lagi! Dapatkanlah kemaafan dari pasanganmu, sekiranya engkau mahu melangkah setapak lagi ke hadapan dalam hubunganmu.

Tiada ulasan: