~TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 -50 (Nukilan Dr. Harlina Halizah Siraj) 4~
Nota 31 - 40
- TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 31 - Ingatlah bhw engkau umpama pakaian (libasa) bagi suamimu dan dia pula pakaian bagimu ( Al-Quran-AlBaqarah : 187). Bertindaklah yang molek agar suami boleh berbangga dengan setiap lakumu. Peringatkan jua suamimu agar dia memperelokkan setiap tingkahnya, kerana engkau jua ingin tumpang bangga dengannya.
- TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 32 - Pertingkatkan komitmen keluargamu utk mempraktikkan cara hidup Islam yg syumul. Peliharalah solat, jgn sekali abaikan perintah Allah. Didik anak2mu utk mematuhi suruhan Allah. Moga2 keluargamu terbimbing menjadi keluarga sakinah.
- TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 33 : Ikhlaskan setiap detik yg telah, sedang dan akan dihabiskan bersama suamimu. Ganjaran segala pengorbanan & susah payahmu bukannya datang dari suamimu, melainkan hanyalah daripada Allah SWT semata-mata.
- TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 34 : Sentiasalah saling nasihat-menasihati. Bagi sebahagian isteri, menasihati suami mungkin sesuatu tugas yg hampir mustahil. Namun, kita tidak boleh berhenti berusaha, berikhtiar dan mencuba. Mulakan dgn meminta nasihat dari suamimu terlebih dahulu. Timbang-tara segala nasihatnya. Perbaiki mana yg kurang, tampung mana yg bocor. InsyaAllah, tak lama lagi, suamimu akan meminta dinasihati pula, InsyaAllah!
- TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 35 : Peringatkanlah suamimu akan pesanan ayat ke6 Surah At-Tahrim - di mana dia diperintahkan Allah untuk memelihara dirinya dan dirimu serta anak2 dari azab api neraka! Besar sungguh tanggungjawab yg dipikulnya! Engkau dan anak2 tidak akan menanggung dosanya, namun kemungkaranmu dan anak2 akan ditanggungkan ke atas bahunya! Cukuplah pesanan itu menjadi peringatan!
- TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 36 - Mulakan nasihat buat suamimu dengan niat tulus, mulus dan penuh keikhlasan. Buang jauh2 rasa megah, bangga diri dan lebih hebat, kerana perasaan itu nanti akan mempengaruhi pilihan ayat, gerak badan dan ekspresi muka semasa mula bertutur. Bijaklah mencari masa yg sesuai dan santai. Bersedia utk mendengar jawapan balas dan alasannya dgn tenang. Jika suasana menjadi tegang, berundurlah buat seketika - esok lusa, kita akan terus mencuba!
- TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 37 - Peliharalah baik-baik hatimu dari dihinggapi penyakit mazmumah - takabbur dan bangga diri. Sesungguhnya, itulah racun senjata utama syaitan laknatullah merosakkan anak Adam. Sekiranya suami isteri dihinggapi perasaan ini, retak akhirnya membawa belah. Bila sahaja terasa diri lebih hebat dari suami, beristighfarlah & pohonlah perlindungan Allah. Jika engkau mampu mengatasinya, paling tidak, engkau hanya perlu berdepan dengan keegoan suamimu sahaja. Jangan jadi mangsa mudah syaitan yg menunggu2 peluang memporak-perandakan rumahtangga yg dibina!
- TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 38 - Hiasilah wajahmu dengan senyuman manis diukir ikhlas dari hati, setiap kali engkau berhadapan dengan suamimu. Mengukir senyuman jauh lebih mudah dari mengerutkan dahimu atau membiarkan wajahmu masam mencuka. Kuntumkan senyuman sepanjang perbualan telefon bersama suamimu. Nescaya suamimu akan lebih mudah menghadiahkan senyumannya pula buatmu!
- TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 39 - Keraplah menghantar suamimu di muka pintu, tika dia keluar bekerja (bagi sesiapa yang berkesempatan). Doakan kesejahteraannya, moga hari ini terlindung dia dari kejahatan dan penyelewengan. Moga terpelihara segala ibadah khususnya. Mudah-mudahan, petang nanti, kita akan dipertemukan lagi dalam suasana iman yang bertambah & kasih sayang yang melimpah ruah.
- TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 40 - Jadilah teman karib suamimu - yang sudi berkongsi suka dan duka bersama. Fahamilah kebimbangan dan kerisauannya, memastikan diri dan ahli keluarganya terlindung dari api neraka sebagaimana diperintahkan Allah dalam Surah AtTahrim, ayat ke6. Jika jelas terbukti dia terlupa perintah tersebut, peringatkanlah. Semoga ketaqwaan terus menjadi bekalan.
Ulasan