Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

~Teknik Mewarna Daun~

Imej

~Doa Murah Rezeki~

Imej
Sama2 kita amalkan. InsyaAllah.

~TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 -50 (Nukilan Dr. Harlina Halizah Siraj) 5~

Imej
Nota 41 - 50 TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 41 - Hentikanlah tindakan saling sakit-menyakiti hati dan perasaan antara dikau dan suami. Jangan diikut emosi marah, geram, dendam dan kecewa. Selepas berbalah dan bersengketa, secara jujur tanyakanlah hati kecilmu : Bahagiakah rasa bila hati bagai disimbah cuka? Sampai bila mahu begini? Belum tibakah masa utk bermaafan seikhlas-ikhlasnya? Jawapan hanya ada pada dirimu. TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 42 - Zahirkan perasaan hormat dan sayang antara dikau berdua di depan anak2. Pastikan mereka dapat melihat contoh terbaik hubungan suami isteri dari interaksi dikau dan suamimu. Selagi mana anak2 dapat melihat penzahiran cinta kasih antara ibu dan bapanya, selama itulah jua perasaan tenteram dan selamat akan menyelubungi mereka. TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 43 - Masih ingatkah lagi dengan cita-cita mulia di awal perkahwinan dulu - mahu bersama menempuh bahagia di DUNIA dan AKHIRAT ? Mengapa sekarang, sering sengketa dan berbala

~TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 -50 (Nukilan Dr. Harlina Halizah Siraj) 4~

Imej
Nota 31 - 40 TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 31 - Ingatlah bhw engkau umpama pakaian (libasa) bagi suamimu dan dia pula pakaian bagimu ( Al-Quran-AlBaqarah : 187). Bertindaklah yang molek agar suami boleh berbangga dengan setiap lakumu. Peringatkan jua suamimu agar dia memperelokkan setiap tingkahnya, kerana engkau jua ingin tumpang bangga dengannya. TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 32 - Pertingkatkan komitmen keluargamu utk mempraktikkan cara hidup Islam yg syumul. Peliharalah solat, jgn sekali abaikan perintah Allah. Didik anak2mu utk mematuhi suruhan Allah. Moga2 keluargamu terbimbing menjadi keluarga sakinah. TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 33 : Ikhlaskan setiap detik yg telah, sedang dan akan dihabiskan bersama suamimu. Ganjaran segala pengorbanan & susah payahmu bukannya datang dari suamimu, melainkan hanyalah daripada Allah SWT semata-mata. TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 34 : Sentiasalah saling nasihat-menasihati. Bagi sebahagian isteri, menasihati suami mung

~TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 -50 (Nukilan Dr. Harlina Halizah Siraj) 3~

Imej
Nota 21 - 30 TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 21 - Janganlah sesekali putus asa dari rahmat & kasih sayang Allah. Jika suamimu kini bukanlah seorang soleh yg taat pada perintah Tuhannya - sungguh amat besar ujian Allah buatmu. Mohonlah satu dari dua kekuatan - agar kau kuat menghadapi cabaran ini & cukup kuat utk membebaskan diri jika itu pilihan yg terbaik ataupun suamimu diberi kekuatan oleh Allah utk bertaubat nasuha, berubah dan beristiqamah menjadi insan yg jauh lebih baik! TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 22 - Lindungi dirimu dan anak-anakmu dari didera secara fizikal, emosional dan seksual oleh suamimu. Allah telah memerintahkan suamimu agar sentiasa berlaku maaruf (baik) terhadapmu. Sebesar manapun silapmu, suamimu tidak berhak menghinamu dengan kekerasan, kekasaran dan keganasan. Jgn malu memohon bantuan keluarga, rakan dan taulan. Sesungguhnya engkau berhak mendapatkan pembelaan dan perlindungan! TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 23 - Semaikanlah kecintaan te

~TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 -50 (Nukilan Dr. Harlina Halizah Siraj) 2~

Imej
Nota 11 - 20 TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 11 - Beranikan dirimu untuk mempercayai kejujuran suamimu dalam melayari bahtera ini bersama. Sesungguhnya, kepercayaanmu ibarat titisan air yg diperlukan oleh rimbun untuk kekal menghijau. Tanpanya, ia akan layu kekuningan. Namun, suamimu perlu jua diperingatkan - agar cermat menjaga kepercayaan itu ibarat kaca yg mudah retak & calar. Sekali tercalar, mungkin selamanya terluka...  TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 12 - Imbangilah antara kebergantunganmu kepada suami dgn keupayaanmu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Pasrahmu yang total hanyalah kepada yg Maha Agung. Saling bergantung, perlu memerlukan adalah perencah kenikmatan hidup bersama. Jikalau masih sendiri-sendiri, apalah erti hidup sebumbung. Sementara dia masih ada di sisi, kita serahkan kemudi bahtera di tangan suami. Namun jika dia harus pergi, kita akan mampu memikul amanah yg ada, InsyaAllah! TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 13 - Dapatkan maklumbalas sejujurny

~TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 -50 (Nukilan Dr. Harlina Halizah Siraj) 1~

Imej
Nota 1- 10 TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 - Ikhlaskan niatmu menjadi teman hidup pasanganmu. Ketetapan Allah memilih yang seorang ini buatmu, dari berjuta lelaki di dunia. Pasti ada hikmah yg tersirat dan tersurat. Ayuh, kita selongkar rahsia Allah itu dalam hidup seharian bersama, pasti di situ kau kan temui bahagia.... TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 2 - Pertahankan ikatan pernikahan yang dibuat atas nama Allah yg Maha Agung. Hanya dgn nama-Nyalah, apa yang asalnya haram antara engkau & sidia, menjadi halal dan dibolehkan. Genggam erat ukhuwwah yg terjalin - penuh pasrah dan tawakkal.  TALIAN HAYAT UNTUK PARA ISTERI : Nota 3 - Pandu arah kehidupan bersama ini semata2 utk mencari redha Allah. Saling bantu membantu dalam usaha kebaikan dan takwa. Kumpulkan sebyk mungkin bekalan. Moga tika kita terpaksa berlutut di depan Allah sendiri-sendiri, amal bakti yg kita kutip bersama mampu meraih belas ihsan Allah buat kita sekeluarga.  TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 4 - F

~Kena Pecah~

  Pagi tadi lebih kurang pukul 1 pagi, terima panggilan dari suami yg on the way ke Kelantan... kereta kena pecah... bederau darah... gigil ler kejap...    En. suami ada kerja baru sekarang. Dia bukan lagi RE (Resident Engineeer) tapi dah jadi assistant pada kakak dia sendiri merangkap kakak ipar saya jua. Kakak ipar saya ni orang business. Kuat kerja. Kalau tak, tak kan dia boleh dok rumah harga 5 juta waktu beli. Tak termasuk barang2 interior lg tu. Kerja en. suami sekarang byk ikut kakaknya buat road tour satu Malaysia. Semalam kena turn ke Kota Bahru,Kelantan, esoknya pula akan ke Kuala Terengganu & the following day ke Kuantan pula. En. suami terpaksa drive sendiri ke sana malam semalam sendirian sbb kakak ipar naik flight pagi ni (org business, buang masa je lama2 atas jalankan).     Nak dijadikan cerita, en. suami berhenti untuk makan malam kat Machang, Kelantan. Dia sms saya bg tahu nak makan, waktu tu dah lepas pukul 12 tgh malam. Lebih kurang pukul 1 pagi en. s

~lukis daisy.. mudahnya~

Imej
lukis daisy mudahnya pada tangan org seni.. jom kita cuba... cam senang je..

~One Stroke Painted Vines and Daisys- By DJ Creations~

Imej