Catatan

~Bolehkah seorang wanita yang sedang haid ziarah kubur?~

Imej
Pertanyaan: Bolehkah seorang wanita yang sedang haid melakukan ziarah kubur? Mohon jelaskan hukumnya. Jawapan: Ziarah kubur bagi kaum laki-laki disepakati kesunnahannya. Adapun ziarah kubur bagi wanita, maka para ulama berbeda pendapat tentangnya. Pendapat pertama mengatakan bahwa ziarah kubur disyariatkan bagi wanita sebagaimana kaum laki-laki, karena keumuman perintah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam (ini adalah pendapat mayoritas pengikut Mazhab Hanafiyyah dan lainnya). Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُوْرِ فَزُوْرُوْهَا “Dahulu aku melarang kalian berziarah kubur, maka sekarang lakukanlah ziarah kubur.” (HR. Muslim: 1406) Pendapat kedua mengatakan bahwa ziarah kubur bagi wanita adalah makruh, karena dalil-dalil yang ada tampaknya kontradiktif (saling bertentangan –ed), sehingga untuk menggabungkannya maka dikatakan makruh (ini adalah pendapat yang diriwayatkan dari Imam Ahmad). Pendapat ketiga mengatakan bah...

~Happy BirthdaY Ella~

Imej
Hari ni 16 Ramadan bersamaan dgn 16 Ogos merupakan hari jadi Ella yg ke 6 tahun. Banyaknya 6... Dia ni cool jer tak kecoh mcm kakak ngan adik dia. Kiranya dia ni paling cool antara mereka berempat... macam ibu dia.. hihihi... Dia ni paling sensitif, cepat nak menangis. Tak kiralah apa kes pn.. kadang2 org punya kes pn dia boleh menangis. Cepat risau.. mcm ibu dia jg kot...huhu.. tp dia pn senang tersenyum... mcm ibu dia jg.. hahaha... Dia ni pn yg paling rajin antara adik-beradik dia. Rajin turun ke dapur, tolong ibu basuh pinggan... Harapan seorang ibu mestilah nak anaknya hidup dilimpahi rahmat drpd Allah. Menjadi anak yang solehah bersesuaian dgn namanya>>> QAISARA SALIHAH maksudnya lebih kurang Permaisuri yang Solehah... aamiin..

~Rupa Kiamat>>>Bacalah Sahabat2ku~

Gambaran Hari Kiamat ... ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mer...

34 Tahun Yang Lalu... (4 Ogos 1977)

Imej
34 tahun yang lalu, jam 2.45 pg.. seorang wanita yang aku panggil mak kini telah berjaya mengeluarkan aku dari kantung perutnya utk aku melihat dunia ini.  Semuanya dgn izin Allah. Dgn kepayahan beliau, aku mula melihat dunia ni. Terima kasih mak.  Dibesarkan dan dimanjai oleh kedua org nenda tersayang, yg kini telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Nenda yang aku panggil Tok dan Tok Wan.  Suatu ketika dulu aku pernah di panggil "anak tok".. maklumlah, kemana2 pn asyik dgn tok ajer.. hihi.. Dari tapak kaki sebesar 2 jari, kata orang sehinggalah boleh berpijak di bumi dgn tapak kaki sendiri.. Terlalu byk kenangan dgn mereka, sehinggakan boleh menitiskan air mata mengenangkan mereka yg telah bersusah payah membesarkan aku... huhu... :.(   Kini aku telah mempunyai keluarga sendiri.  Suami yang bertanggungjawab & yang penting understanding.. hehe.. Anak2 4 org yg adakalanya memeningkan tp dlm masa yg sama menceriakan kehidupan kami.  Apa yang ak...

~Salam Ramadhan~

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna. Selangkah demi selangkah, setahun sudah pun berlalu. Masa yang pantas berlalu, hingga tak terasa ku berada di bulan Ramadhan." "Puasa satu amalan, sebagaimana yang diperintahkan. Moga dapat ku lenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri yang tiada henti-henti." Itulah antara bait-bait lagu "Harapan Ramadhan" yang dinyanyikan oleh Man Bai dan Raihan suatu masa dahulu. Begitulah jg harapan saya setiap tahun, mengharapkan Ramadhan kali ini penuh keberkatan dariNya. ..Aamiin..

~Tips Memilih Sayur~

Imej
1. Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar. 2. Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil. 3. Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua. 4. Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit. 5. Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya. 6. Bendi : Pastikan hujungnya lembut.

Tips Potong Kuku Menurut Islam

Imej
Salam semuanya... Catatan kali ni, saya nak berkongsi sikit pasal kuku. Saya ingat lagi masa kecik2 dulu arwah tok & tokwan selalu pesan nak potong kuku tgk harinya bkn blh potong ikut suka. Masa tu mana la nak kaji sbb2nya, and kita pn kata mengarut jer petua org2 tua ni. Tapi sekarang ni kita terdedah dgn pelbagai maklumat dr hujung jari ajer. Jadi apa yg kita rasa was2 kita cubalah mencari kebenarannya. Alhamdulillah. Hari ni jelaslah sudah apa yg org tua dulu2 larang semuanya bersebab. Saya kongsikanlah sikit info kat sini. Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh...