Tips Potong Kuku Menurut Islam

Salam semuanya...

Catatan kali ni, saya nak berkongsi sikit pasal kuku. Saya ingat lagi masa kecik2 dulu arwah tok & tokwan selalu pesan nak potong kuku tgk harinya bkn blh potong ikut suka. Masa tu mana la nak kaji sbb2nya, and kita pn kata mengarut jer petua org2 tua ni. Tapi sekarang ni kita terdedah dgn pelbagai maklumat dr hujung jari ajer. Jadi apa yg kita rasa was2 kita cubalah mencari kebenarannya.

Alhamdulillah. Hari ni jelaslah sudah apa yg org tua dulu2 larang semuanya bersebab. Saya kongsikanlah sikit info kat sini.


Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih.

Lagi satu petua dari arwah tok wan, katanya kalau nak potong kuku kena bermula dari ibu jari hingga ke jari kelingking. Tujuannya supaya penyakit senang keluar.

Harap kita semua dapat manafaat dr info ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~Produk Amway sangat menjimatkan~

Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs (60 cap)